SOALAN LAZIM (FAQ)

1) Apakah kegunaan Kad Perubatan?
Kad perubatan merupakan manfaat yang bertujuan bagi membiayai kos rawatan hospital yang besar tanpa perlu membuat tuntutan (Cashless). Anda hanya perlu membawa Kad Perubatan ini semasa membuat pendaftaran kemasukan ke Hospital panel.

2) Adakah Kad Perubatan boleh di gunakan di mana-mana Hospital?
Kad Perubatan PruBSN Takaful hanya boleh di gunakan di Hospital- hospital yang menjadi Panel. Untuk hospital yang bukan panel atau hospital kerajaan, peserta perlu menyelesaikan bil terlebih dahulu dan membuat kemudian tuntutan secara manual (di uruskan oleh ejen).

3) Bagaimana cara untuk membuat tuntutan (Claim)?
Di PruBSN Takaful, kami sebagai ejen komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Salah satu daripada tanggung jawab ejen adalah membuat tuntutan bagi pihak pelanggan. Oleh itu bagi setiap kes yang memerlukan tuntutan secara manual, pelanggan hanya perlu memaklumkan kepada ejen butir-butir tuntutan (hospital,Doktor yang merawat,jenis penyakit, dsb) dan memberikan segala dokumen yang berkaitan seperti resit asal,itemised bil dan laporan doktor jika ada. Jika tidak mendapat laporan doktor semasa "discharge" adalah tidak mengapa, kerana ejen akan membuat follow-up bagi pihak pelanggan.

4) Apakah dokumen yang di perlukan bagi membuat tuntutan (Claim)

Membuat tuntutan biasanya memerlukan beberapa dokumen seperti berikut :

i) Tuntutan Bil Perubatan

1) Laporan perubatan dari pihak hospital
2) Resit Asal 
3) Itemised Bill
4) Borang tuntutan

ii) Tuntutan Elaun Hospital / Elaun Pembedahan

1) Laporan perubatan dari pihak hospital
3) Itemised Bill
4) Borang tuntutan

iii) Tuntutan Kematian

1) Laporan pihak hospital
2) Salinan Sijil Mati (yang di sahkan)
3) Laporan port-mortem (jika berkenaan)
4) Sijil Takaful
5) Borang tuntutan

5) Berapa lamakah masa yang di ambil bagi mendapatkan sesuatu tuntutan
Membuat tuntutan memerlukan dokumen yang lengkap seperti yang telah di senaraikan di atas. Oleh itu, masa yang di perlukan bagi mendapatkan dokumen-dokumen (contohnya laporan perubatan dari doktor mungkin memerlukan masa antara 2 minggu hingga 2 bulan). Ini akan mempengaruhi tempoh masa bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Apabila semua dokumen yang di perlukan telah lengkap, syarikat akan mengambil masa 21 hari bekerja bagi memproses tuntutan tersebut. Anda di galakkan selalu berkomunikasi dengan ejen bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan tuntutan anda.

No comments:

Post a Comment